JellyPages.com
Showing posts with label desserts. Show all posts
Showing posts with label desserts. Show all posts

Friday, 22 March 2013

Mashed potato

Assalamulaikum semua....

Kali ini nak share tentang cara buat kentang putar kFC,,..Eh KfC ke??no no no...tak sama...beli dengan buat sendiri.Pakcik colonel tu dah terer buat,,kte ni baru terkedek2  nak buat mashed potato.hehe...ok..Kat bawah ni gambar Uncle Colonel's yang gigih promote resepi KFC dia tu smpai berjaya....


Ini Pakcik colonel yg comel tu,tgk muka dia terus rasa lapar la plak..

Ni gambar mashed potato yang uncle comel tu buat.* sumber gambar dari google



 Ok..berbalik pada tujuan asal...ni la gmbar mashed potato kte buat..Actually xpayah nak menyusahkan diri pipe guna noozle dan bakar. Ni saje kte menambah kerja.hehe..Senang korang cedok2 je guna sudu tak pun guna yang scoop aiskrim tu lepas siap2 lenyek..

 Kte bakar sampai kekuningan sedikit. Makan terus camtu pun sedap..xyah tunggu gravy nya..



 Ok...curahkan  gravy/ sos kentang putar dan siap untuk di ngap!Tolongla jgn compare dgn pakcik colonel punya...Dia tu hebat sangat, 1 dunia kenal.hehe.


Jom tengok resepi yang xseberapa ni...

Resepi mashed potato.

Bahan-bahan

3 biji kentang yang bersaiz sederhana

4-6 sudu besar susu segar @ whipping cream

1/2 sudu besar butter/ marjerin

garam 

Cara-cara

Rebus kentang sampai empuk dan lenyekkan. Kemudian, campurkan bahan2 lain kedalam kentang yang sudah dilenyek tadi dan gaul hingga sebati. Ketepikan dan sediakn gravy untuk mashed potato pulak. 

Sekiranya rajin,bolehlah pipe mashed potato ni guna noozle dan bakar sekejap dalam oven. 

Gravy @ sos kentang putar( untuk 1-2 org mkn)

Bahan-bahan

1/2 sudu besar butter

1 cawan air stock ayam- Stock ayam kte buat sendiri. Resepi boleh tgk kat bawah ye.  Kalau malas buat beli je kt kedai.hehe

1 1/2 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar sos tiram

1/2 sudu besar sos tomato- kalau takde kte guna je sos cili.

4 sudu besar susu segar

Beberapa titis kicap- untuk pekatkan warna

Serbuk lada hitam- Kebetulan haritu takde stok serbuk lada hitam. So, kita tumbuk2 je biji lada hitam dengan anak lesung.hehe.

Garam- jika perlu coz sos tiram dan kicap dah masin, ikut citarasa.

Cara- Cara
Cairkan butter. Guna api kecil tau. Then, masukkan tepung gandum. Kacau. Dan akhirnya bolehla masukkan air stock tadi dan bahan2 lain. Kacau sampai pekat dan masak. Siap!..Sekiranya pekat boleh tambah lagi air. Hidang bersama mashed potato tadi semasa panas.


Tips:

Hidang semasa panas bersama mashed potato.
Kalau dah sejuk akan jadi pekat. Bolehla tambah lagi air bila nak panaskan semula.

Resepi air stock ayam

Renehkan ayam, bawang putih, carrot dan juga batang saderi bersama air. Seelok2nya guna tulang ayam. Pastu tapis untuk ambil stok je. Stock nila kte selalu guna untuk buat mashed potato dan juga mushroom soup. Lebih healthy coz NO MSG ADDED gitu..hehe..


Ok..sekian terima kasih...Selamat mencuba!



L.o.V.E.
 
 

Tuesday, 19 March 2013

Cream puff...

Alhamdulillah...baru sihat demam...seminggu tu demam..penat jugak asyik baring tidur makan ubat..hehe..smpai nak muntah tengok ubat....Tapi takpe,,syukur...tu tandanya Allah sayang..DIA bg sakit supaya kte ni banyak ingat kat DIA kan..dan terhapus dosa2 kecil,,amin.....Actually nak share yang haritu kte buat cream puff...baru mencoba buatnya...teringin lak nk try buat sendiri bila tengok akak kte buat dulu.nk buat ni mula2 kte rasa macam leceh,,tapi xda la leceh mana...Alhamdulillah jadi puff nya even xseberapa cantek.Oleh kerana first trial agak menjadi,maka bersemangat nak buat lagi next time......ni gambarnya....



Ha,nak menyelit gmbar chiffon pandan kte buat kat sini gak..hehe

Tumpang lalu ye ' cream puff '.Nak menempel jugak. hehe.



L.O.v.E


Friday, 8 March 2013

Burger tauhu...

Assalamualaikum.....

Ok.. smlam kte buat burger tauhu...sedap bagi penggemar tauhu.. Idea nak buat tauhu ni dapat masa kte tgk rancangan masakan chinese food..tu pun dapat tgk bila last2 dah nak siap...So, kte olah2 la resepinya supaya halal dimakan oleh kte semua dan bahan2 mudah didapati...diorang makan burger ni cicah kicap cina *almaklumla sgt dikhuatiri halalnya.hehe... Makanya, kte tidakla mkn dgn kicap kipas udang yg halal tu...ngggak mau la.mcm xsedap je,,haha..korang try la cicah,,kot2 sedap....kte makan dgn salad, coleslaw dan juga sos cili.. Biasa kte wat mmg men taram je.takde sukat2 pun.semalam gigih kte sukat supaya senang bg siapa2 nak faham..hehe...Jom tengok resepinya.


Bahan- bahan

1 cawan tauhu yang dihancurkan - lebih kurang 2 buku tauhu 

1 cawan daging atau ayam- dipotong dadu kecil2. Jika terkurang tidak apa.

Bawang besar- dipotong dadu kecil2. 

Telur kuning 2 biji- sometimes kte guna sebiji telur je..campur kuning dan putih terus.

1/2 cawan serbuk roti- Kalau terdesak sangat kte pernah guna biskut cream crackers cap ping pong tu je..haha..  

1 sudu besar susu pekat

Garam

 Lada sulah

Carrot @ kentang@ jagung@batang saderi- Dipotong dadu kecil2.. Optional (kalau nak ajar budak2 makan sayur tu sesuai letak coz tak rasa sgt.hehe.) 

Cara-cara

Satukan semua bahan hingga sebati. Bentukkan seperti burger dan masak atas non stick pan hingga masak..Control api supaya dapat texture garing diluar dan lembut didalam. Guna api besar untuk rangupkan luar dan ubah kepada guna api kecil untuk masak bahangian dalam. Hidang ketika masih panas bersama sos dan coleslaw. 


Note: 

-Jika adunan lembik dan susah dibentuk. Boleh tambahkan serbuk roti. 

- Serbuk roti @ breadcrumbs ada dijual dipasaraya atau kedai yang jual bahan2 buat kek.
Kalau taknak beli takpe. Buat macam kte, bakar smpai rangup roti2 yang dah nak expired atau yang xnak makan dah tu. Bakar sampai betul2 garing then hancur2kan.  Jangan dibuang,,bazir2,,hehe...lagipun breadcrumbs ni tahan lama. boleh simpan dlm bekas kedap  udara. 

- Jika takde non stick pan. Guna je kuali biasa, Tapi titiskan sedikit minyak coz xnak melekat.


Sekian, Selamat Mencuba =)....

L.O.v.E.  

Monday, 25 February 2013

MAkan TimE!

 Assalamualaikum

Anyeonghaseyo~ok...xyah korea sgt kan,,,hehe...,,kaifahalukum ya atunna semua..ckp arab plak dah.eh,,betol ke nahu arab kte tu..maaf kalau salah..kene belajar semula ni..hehe.dah lama tak ckp arab..xingat sgt dah,,rindu pulak nk speaking2 arab ni..Actually nk upload gmbar breakfast semalam...xsempat nk upload smlm,,,busy konon2 nye kan..smlam kami mkn simple je. mushroom soup + garlic bread,,serious senang dan tidak kotor dapur..hehe,,yela,,kalau kita msak tumis2...habis tersembur sana sini kan..Buat ni senang coz ada kawan adik dtg rumah..lgpun nk cepat siap sambil tnggu akak siapkn nasi ayam untuk mkn tengah hari smalam...



mushroom soup



 mushroom soup + garlic bread. kte suka cicah/ celup garlic bread dlm soup.

Masa makan ni,,,teringat dkat my lovely mom.mak xda kat rumah sekarang coz sdg menunaikan umrah..mak  mmg suka mkn mushroom soup..xpa...nanti mak ayh balik..nak buat lagi la...muah3,,i love u makayh...


L.O.v.E.

Thursday, 24 January 2013

The fats again!

Hoi3...xhabis2 kerja menggemokkan badan kan...kali ni lagi la. Asyik  melantak cheese. Kalau omputih tu takpe gak. lpas mkn pizza ke, pie ke xmakan nasik dah. Ni  perut melayu asli. Nasi jugak dicarinya lepas melantak cheese.haha....


 Ni homemade pizza. Almaklumlah, pizza buat sendiri. rich of topping, cheese gitu. Crust plak xtebal mcm pizza hut coz kte xsuka crust tebal la. kenyang sgt. tak habis. nampak mcm xbyk chesse kan. tepi2 crust tu. dalam dia kte letak cheese lagi.hehe. Ok. lepas ni nak diet. Kalau teringin pizza, kte nak wat vege pizza hokey!


ok, ni MUSHROOM QUICHE. Sila abaikan warna dia ye.excited sgt nak bakar. Sampai garing dlm oven,haha. walaweyh. kita suka. Coz ada cheese n filling dia ade campur whipping cream gitu. Sangat FAtty! Filling dia senang je. Tumis garlic,ayam, mushroom, pepper, garam skit, parsley skit and tambah whipping cream.tumis tu boleh gne butter dan smpai kering skit.coz xnak berair kan. kalau nak letak daging hancur, telur or sosej pun boleh, ikut suka hati je. kte masak mmg ikut suka je,hehe. Nak sihat lagi tmbahla carrot ke. Crust tu biasa aje. gne plain flour je.Belasah je masak. perut sendiri jugak pun,hehe.

Ni pulak chicken pie. ha, yang ni bukan saya buat. adik saya buat. pendek kata naik 1 KG pas mkan ni tau tak. Banyaknye cheese. mmg xcukup sepotong. haha. Sila abaikan warna jugak coz sambil tunggu siap bakar dia khusyuk dgn laptop n lupa nk jenguk oven,hehe. xkisahla rupa apa pun. janji enak.

Ni egg tart, korang pun slalu makan. hehe. ni pun stok2 makanan yg menggemukkan beta.Konon nk try wat sendiri. hehe. Try resipi my aunty. Dia join class belajar. Hambik kau. 1st trial, xsangka pulak resipinya banyak gila adunan. Pendek kata boleh bagi sekampung..lepas kejadian tu, guna separuh adunan jehehe.




L.O.v.E.





Puding karamel



Puding Karamel ni one of my favourite...like sgt3. mmg makanan yg slalu kte ngidam nak makan kalau balik rumah time study dulu..kiranya slalu jugak la buat. Kuat makan betoi kan.hehe.Sekejap je licin.Sedap mkn sejuk2 dari fridge.walaweyh...kolestrol sgt.hehe.bau karamel tuh pun wangi. caramel tu lebih kurang gula hangus la.yang warna dark-brown tu..

                                                                                                                                 F.o.O.D  L.O.v.E.r.

Tuesday, 22 January 2013

Choc chips biscuit

Assalamualikum......


This time nak cite sal biskut choc chips crunchy2. Kononnye ala2 famous amos cookies gitu,,,hehe..Org rumah ni 24 jam nak makan aje..kalo buat biskut ni.mmg sekejap je licin. Kalo tiba2 rasa nak diet, berhenti jap wat benda high calories macam ni.hehe. Coz, kalau ade mesti kte makan sampai habiskan. 

                                                                             Ok.Jemput jamu mata.
                                                                                                              
       Sekian.LoVe.

Doorgift

Assalamualaikum n anyeonghaseyo~

Kesinambungan kepada entri sebelum ni, ni lak gambar doorgift yang kte and along buat untuk adik. Mase jamuan akhir sekolah. Untuk cikgu2 aje, kawan2 makan kek potong je ok.haha. Macam best je tau buat doorgift ni tau. Kalo korang nak kahwin ke, tunang ke, lai3. Boleh tempah kat kte je.haha.harga boleh negotiate maa....hehe.


                       Semua doorgift dimuatkan dlm beg ini.kek dan jugak crunchy choc chips biscuit.



 Nak tampal gambar cute cake kat sini gak.sesuai bangat nak buat doorgift jugak. Untuk economy budget gitu coz paper cup murah sikitla dari yang atas.


                                                                                                                  sekian.with love.

Monday, 21 January 2013

Chocolate cake birthday adik

Assalamualaikum.
 Ok. ni gambar choc cake untuk birthday adik bongsu sy yang dibuat dgn penuh kasih sayang. hehe. Mase jamuan akhir tahun sekolah dia, buat sekali birthday party dgn kawan2. Oreo tu paling best, Sebab budak2 suka oreo kan,hehe.


                                                                                      zoom sikitt....                                                      
                                                                                                                           Sekian. Baking with love.