Kali ini nak share tentang cara buat kentang putar kFC,,..Eh KfC ke??no no no...tak sama...beli dengan buat sendiri.Pakcik colonel tu dah terer buat,,kte ni baru terkedek2 nak buat mashed potato.hehe...ok..Kat bawah ni gambar Uncle Colonel's yang gigih promote resepi KFC dia tu smpai berjaya....
Ini Pakcik colonel yg comel tu,tgk muka dia terus rasa lapar la plak..
Ni gambar mashed potato yang uncle comel tu buat.* sumber gambar dari google
Ok..berbalik pada tujuan asal...ni la gmbar mashed potato kte buat..Actually xpayah nak menyusahkan diri pipe guna noozle dan bakar. Ni saje kte menambah kerja.hehe..Senang korang cedok2 je guna sudu tak pun guna yang scoop aiskrim tu lepas siap2 lenyek..
Kte bakar sampai kekuningan sedikit. Makan terus camtu pun sedap..xyah tunggu gravy nya..
Ok...curahkan gravy/ sos kentang putar dan siap untuk di ngap!Tolongla jgn compare dgn pakcik colonel punya...Dia tu hebat sangat, 1 dunia kenal.hehe.
Jom tengok resepi yang xseberapa ni...
Resepi mashed potato.
Bahan-bahan
3 biji kentang yang bersaiz sederhana
4-6 sudu besar susu segar @ whipping cream
1/2 sudu besar butter/ marjerin
garam
Cara-cara
Rebus kentang sampai empuk dan lenyekkan. Kemudian, campurkan bahan2 lain kedalam kentang yang sudah dilenyek tadi dan gaul hingga sebati. Ketepikan dan sediakn gravy untuk mashed potato pulak.
Sekiranya rajin,bolehlah pipe mashed potato ni guna noozle dan bakar sekejap dalam oven.
Gravy @ sos kentang putar( untuk 1-2 org mkn)
Bahan-bahan
1/2 sudu besar butter
1 cawan air stock ayam- Stock ayam kte buat sendiri. Resepi boleh tgk kat bawah ye. Kalau malas buat beli je kt kedai.hehe
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos tomato- kalau takde kte guna je sos cili.
4 sudu besar susu segar
Beberapa titis kicap- untuk pekatkan warna
Serbuk lada hitam- Kebetulan haritu takde stok serbuk lada hitam. So, kita tumbuk2 je biji lada hitam dengan anak lesung.hehe.
Garam- jika perlu coz sos tiram dan kicap dah masin, ikut citarasa.
Cara- Cara
Cairkan butter. Guna api kecil tau. Then, masukkan tepung gandum. Kacau. Dan akhirnya bolehla masukkan air stock tadi dan bahan2 lain. Kacau sampai pekat dan masak. Siap!..Sekiranya pekat boleh tambah lagi air. Hidang bersama mashed potato tadi semasa panas.
Tips:
Hidang semasa panas bersama mashed potato.
Kalau dah sejuk akan jadi pekat. Bolehla tambah lagi air bila nak panaskan semula.
Resepi air stock ayam
Ok..sekian terima kasih...Selamat mencuba!
L.o.V.E.
No comments:
Post a Comment