Assalamualaikum.....
Ok..
smlam kte buat burger tauhu...sedap bagi penggemar tauhu.. Idea nak
buat tauhu ni dapat masa kte tgk rancangan masakan chinese food..tu pun
dapat tgk bila last2 dah nak siap...So, kte olah2 la resepinya supaya halal dimakan oleh kte semua dan bahan2 mudah didapati...diorang makan burger ni cicah kicap cina *almaklumla sgt dikhuatiri halalnya.hehe...
Makanya, kte tidakla mkn dgn kicap kipas udang yg halal tu...ngggak mau
la.mcm xsedap je,,haha..korang try la cicah,,kot2 sedap....kte makan dgn salad, coleslaw dan juga sos cili.. Biasa kte wat mmg men taram je.takde sukat2 pun.semalam gigih kte sukat supaya senang bg siapa2 nak faham..hehe...Jom tengok resepinya.
Bahan- bahan
1 cawan tauhu yang dihancurkan - lebih kurang 2 buku tauhu
1 cawan daging atau ayam- dipotong dadu kecil2. Jika terkurang tidak apa.
Bawang besar- dipotong dadu kecil2.
Telur kuning 2 biji- sometimes kte guna sebiji telur je..campur kuning dan putih terus.
1/2 cawan serbuk roti- Kalau terdesak sangat kte pernah guna biskut cream crackers cap ping pong tu je..haha..
1 sudu besar susu pekat
Garam
Lada sulah
Carrot @ kentang@ jagung@batang saderi- Dipotong dadu kecil2.. Optional (kalau nak ajar budak2 makan sayur tu sesuai letak coz tak rasa sgt.hehe.)
Cara-cara
Satukan semua bahan hingga sebati. Bentukkan seperti burger dan masak atas non stick pan hingga masak..Control api supaya dapat texture garing diluar dan lembut didalam. Guna api besar untuk rangupkan luar dan ubah kepada guna api kecil untuk masak bahangian dalam. Hidang ketika masih panas bersama sos dan coleslaw.
Note:
-Jika adunan lembik dan susah dibentuk. Boleh tambahkan serbuk roti.
- Serbuk roti @ breadcrumbs ada dijual dipasaraya atau kedai yang jual bahan2 buat kek.
Kalau taknak beli takpe. Buat macam kte, bakar smpai rangup roti2 yang dah nak expired atau yang xnak makan dah tu. Bakar sampai betul2 garing then hancur2kan. Jangan dibuang,,bazir2,,hehe...lagipun breadcrumbs ni tahan lama. boleh simpan dlm bekas kedap udara.
- Jika takde non stick pan. Guna je kuali biasa, Tapi titiskan sedikit minyak coz xnak melekat.
Sekian, Selamat Mencuba =)....
L.O.v.E.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment